Thursday, 4 January 2018

CAT dan diploma account. ACCA

Assalamualaikum dan hai. Hari ni saya nak cerita pasal apa itu CAT-ACCA dan apa perbezaan dia dengan diploma.
Mula- mula sekali mengenai CAT.
CAT ialah Certified Accounting Technician. Dia macam asasi/ foundation. Tempoh masa dia 1 tahun setengah kalau dekat kuptm kl dan institut profesional baitulmal. Dekat UITM setahun je. Ikut kolej atau universiti tu. Tapi banyak je tempat lain. Kena buat researches sikit. Boleh try tengok kat website ni.
https://eduadvisor.my/cat-colleges/
http://www.kuptm.edu.my/index.php/programmes/programmes/47-professional-programmes/225-professionalprogrammes
http://www.ipb.edu.my/program-bersama/program-profesional-cat-acca/
http://www.ksacitycampus.com/cat.html
https://accountancy.uitm.edu.my/v2/index.php/2015-10-01-06-40-34/professional/cat
senarai kolej dan university di atas adalah antara yang saya tahu. dan antara yuran yang agak berpatutan. tapi boleh buat kajian lagi tentang kolej jika ada impian nak sambung CAT. Banyak lagi kolej lain yang menawarkan kos CAT. Tapi setahu saya yang murah buat masa bagi paper cat untuk yuran pengajian dia ialah http://www.ksacitycampus.com/cat.html. Tapi saya nak ingatkan bila buat paper CAT ni pastikan ada niat nak sambung ACCA. Memang dengan CAT dah boleh kerja tapi sekarang ni dah ramai diploma dan degree. Jadi competitor ramai. So better sambung ACCA.


Baiklah seterusnya pasal perbezaan CAT dan Diploma. CAT hanya ambil masa 1tahun setengah. Tapi diploma ambil masa 3 tahun atau 2 setengah tahun. Tapi kena beware yang kos CAT agak susah berbanding diploma. Kalau korang sesuai dengan tekanan dan seorang yang rajin study. Memang sesuai ambik CAT. Tapi kalau jenis nak enjoy-enjoy. Better jangan. Saya berkongsi sebab saya tak nak korang jadi macam saya. Sepatutnya dah habis. Tapi dah 3 tahun tak habis-habis lagi.

Diploma saya tak tahu sangat skop pelajaran dia tapi kalau diploma. Dia boleh terus sambung degree. Dan hanya ambik 5 paper untuk ACCA lepas degree. Saya tujukan kepada sesiapa yang nak sambung accounting atau yang sama dengannya. Kalau dari diploma pelbagai bidang boleh masuk belajar ACCA. Sama ada business atau apa-apa yang sama dengannya. Tapi kebanyakan universiti atau kolej dia nak yang study dalam diploma in accounting.

Kalau mengenai kos pembelajaran dia. CAT dan diploma. Kos pengajian CAT lebih murah. Tapi kena buat kajian sendiri dengan lebih terperinci sebab CAT kena bayar annual fee kepada ACCA setiap tahun. Tapi bidang CAT ni susah sikit nak dapat bantuan kewangan sebab tiada ptptn. Yang saya tahu hanya ada MARA dan zakat. Tapi zakat tu hanya untuk institut profesional baitulmal(IPB). Dan zakat tu susah lagi nak dapat. Hanya untuk asnaf sahaja. Jadi sebelum ambik apa-apa keputusan bincang dengan parents dulu macam mana.

Kawan-kawan saya ramai je yang pass. Sebagai seorang muslim. Rezeki tu Allah yang bagi. Saya dalam bidang CAT ni mudah je masuk kolej mana-mana. Memang rezeki saya kat situ. Alhamdulillah. Sekian untuk posting kali ini. Jika ada persoalan boleh tanya kat saya.

2 comments:

  1. Salam nak tanya, saya lepasan CAT. Namun rezeki untuk pass ACCA belum sampai lagi. Adakah saya boleh return balik untuk ambil degree selepas cat. Atau saya kena start dari zero. Saya sekarang buntu. Umur dah 27 tahun.

    ReplyDelete
  2. Setiap malam saya menangis. Mungkin ini bukan pilihan tepat buat saya. Saya fikir untuk ambil jalan selamat. Mungkin ambil degree. Persoalan nya bolehke cat sambung ke degree. 😢

    ReplyDelete

my first love short story

‘i love you so much....’ aku hanya mampu katakan dalam hati.   Aku sayang dia tapi kenapa aku tak boleh cakap kat dia?                ...